WAHAI KAWANKU BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA PEROLEH DI DUNIA INI. SESUNGGHNYA ALLAH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBA-NYA |
Monday, December 10, 2018
Monday, December 3, 2018
PENGENALAN TAYAMMUM
😐 APA ITU TAYAMMUM GUYS? 😐
Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan tayammum? Tayammum merupakan pengganti kepada wudhu pada masa-masa tertentu seperti sakit dan sebagainya. Tayammum merupakan syarat sah solat, tawaf, dan syarat untuk memegang Al-Quran.Tayammum merupakan satu cara untuk kita melaksanakan sesuatu ibadah apabila kita menghadapi sebarang kesulitan. Sudah terang lagi bersuluh ianya menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang mudah dan umat Islam tidak mempunyai sebarang masalah dan halangan untuk melakukan ibadat.
Dari segi bahasa tayammum bermaksud tujuan. Manakala dari segi istilah pula tayammum bermaksud menyapu debu tanah suci ke muka dan kedua-dua tangan dengan niat dan cara tertentu . Tiada alasan untuk manusia meninggalkan ibadah kerana tayammum merupakan satu keringanan dengan menggunakan debu suci sebagai ganti wudhu dan mandi wajib.
💓💓💓💓RUKUN TAYAMMUM💓💓💓💓
Seseorang yang bertayamum wajib meratakan muka dan kedua dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku seperti orang yang berwuduk wajib meratakan muka dan tangan mereka hingga ke siku dengan air. III. Tertib(Berturutan)
👉👉👉SYARAT-SYARAT TAYAMMUM👈👈👈
1.menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk.tepukan pertama bagi muka dan tepukankedua bagi tangan.
.
2. hendaklah menghadap kiblat.
3. bertayammum juka masuk waktu solat sahaja.
4. bertayammum hanya untuk satu folat fardhu dan beberapa solat sunat.
5.menghilangkan najis terlebih dahulu sebelum mengggunakan debu yang suci.
Syarat tayammum bagi orang sakit atau luka:
Sakit atau luka yang diharuskan bertayammum ialah sakit yang apabila menggunakan air akan memberi kemudaratan kepada tubuh badan.
I. ✅ Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada aggota (التلف); lumpuh dan sebagainya.
II. ✅ Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau kerosakan anggota.
III. ✅Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat.
IV. ✅Menyebabkan lambat sembuh
V. ✅Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung.
✅Menimbulkan kecacatan dan keburukan yang ketara pada badan seperti kulit menjadi hitam atau sebagainya.
😉😉ANTARA PERKARA SUNAT TAYAMMUM😉😉
1. membaca “bismillah” pada awal wudhu’
2.bahagian atas muka merupakan permulaan sapuan bagi permulaan tayammum kemudia diikuti dengan mendahulukan sapuan tangan kanan daripada tangan kiri.
3. bahagian kepala dan lengan mestilah sapu sedikit dan dua perkara tersebut iaitu sapuan muka dan tangan hendaklah dilakukan secara berturut-turut.
4. merenggangkan jari-jari tangan ketika menepuk tanah bagi sekali tepukan.
5.menipiskan debu tanah tersebut dengan mengirai kedua-dua belah tapak tangan sedikit atau meniupnya dengan mulut.
⚡PERKARA2 YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM⚡
- Semua perkara yang membatalkan wudhu’ adalah sama sahaja dengan tayammum.
- Apabila seseorang itu sudah siap bertayammum tetapi dia telah menemukan air yang suci maka dia hendaklah mengambil wudhu’ semula dengan air tersebut kerana tayammum menggantikan air untuk bersuci.
- mampua untuk menggunakan air.
- Murtad .
🚩🚩🚩HIKMAH BERTAYAMUM🚩🚩🚩
- Dapat mengurangkan kesusahan dan kesulitan bagi setiap umat Islam.
- Dapat menyuci dan membersihkan jiwa manusia.
- Dapat menyempurnakan nikmat.
💧💧RUJUKAN💧💧
4-
.
Fiqh Ibadat Dalam Fiqh As-Syafi’ie, Darul Syakir Enterprise, Dr. Zulkifli
Mohamad Al-Bakri, 2017,m/s 220, 224,
Subscribe to:
Posts (Atom)