Monday, December 3, 2018

PENGENALAN TAYAMMUM


😐   APA ITU TAYAMMUM GUYS?   😐

 Adakah  anda  tahu  apa  yang  dimaksudkan  dengan  tayammum? Tayammum  merupakan  pengganti kepada  wudhu  pada  masa-masa  tertentu  seperti  sakit  dan  sebagainya. Tayammum  merupakan syarat sah  solat, tawaf, dan  syarat  untuk  memegang  Al-Quran.Tayammum  merupakan  satu  cara  untuk  kita melaksanakan  sesuatu  ibadah  apabila  kita  menghadapi  sebarang  kesulitan. Sudah  terang  lagi  bersuluh ianya  menunjukkan  bahawa  Islam  merupakan  agama  yang  mudah  dan  umat  Islam  tidak mempunyai sebarang  masalah  dan  halangan  untuk  melakukan  ibadat. 




        Dari  segi  bahasa  tayammum  bermaksud  tujuan. Manakala  dari  segi  istilah  pula  tayammum bermaksud  menyapu  debu  tanah  suci  ke  muka  dan  kedua-dua  tangan  dengan  niat  dan  cara tertentu . Tiada  alasan  untuk  manusia  meninggalkan  ibadah  kerana  tayammum  merupakan  satu  keringanan  dengan  menggunakan  debu  suci  sebagai ganti  wudhu  dan  mandi  wajib. 





💓💓💓💓RUKUN TAYAMMUM💓💓💓💓
      
     I.   Niat



    II.  Menyapu Ke Muka Dan Dua Tangan:
Seseorang yang bertayamum wajib meratakan muka dan kedua dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku seperti orang yang berwuduk wajib meratakan muka dan tangan mereka hingga ke siku dengan air. 

 III. Tertib(Berturutan)




👉👉👉SYARAT-SYARAT TAYAMMUM👈👈👈


1.menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk.tepukan pertama         bagi muka dan tepukankedua bagi tangan.
 
2. hendaklah menghadap kiblat.

3. bertayammum juka masuk waktu solat sahaja.

4. bertayammum hanya untuk satu folat fardhu dan beberapa solat sunat.

5.menghilangkan najis terlebih dahulu sebelum mengggunakan debu yang suci.



Syarat tayammum bagi orang sakit atau luka:
Sakit atau luka yang diharuskan bertayammum ialah sakit yang apabila menggunakan air akan memberi kemudaratan kepada tubuh badan. 
       I.           ✅ Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada aggota (التلف); lumpuh dan sebagainya.
    II.          ✅  Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau kerosakan anggota.
 III.            ✅Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat.
 IV.            ✅Menyebabkan lambat sembuh
    V.            ✅Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung.

✅Menimbulkan kecacatan dan keburukan yang ketara pada badan seperti kulit menjadi hitam atau sebagainya. 



😉😉ANTARA PERKARA SUNAT TAYAMMUM😉😉


1. membaca “bismillah” pada awal wudhu’
2.bahagian atas muka merupakan permulaan sapuan bagi permulaan tayammum kemudia diikuti dengan mendahulukan sapuan tangan kanan daripada tangan kiri. 
3. bahagian kepala dan lengan mestilah sapu sedikit dan dua perkara tersebut iaitu sapuan muka dan tangan hendaklah dilakukan secara berturut-turut. 
4.  merenggangkan jari-jari tangan ketika menepuk tanah bagi sekali tepukan.  
 5.menipiskan debu tanah tersebut dengan mengirai kedua-dua belah tapak tangan sedikit atau meniupnya dengan mulut.




⚡PERKARA2 YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM⚡
  1. Semua perkara yang membatalkan wudhu’ adalah sama sahaja dengan tayammum.
  2. Apabila seseorang itu sudah siap bertayammum tetapi dia telah menemukan air yang suci maka dia hendaklah mengambil wudhu’ semula dengan air tersebut kerana tayammum menggantikan air untuk bersuci. 
  3. mampua untuk menggunakan air. 
  4. Murtad . 


   🚩🚩🚩HIKMAH  BERTAYAMUM🚩🚩🚩
  1. Dapat mengurangkan kesusahan dan kesulitan bagi setiap umat Islam.
  2. Dapat menyuci dan membersihkan jiwa manusia.
  3. Dapat menyempurnakan nikmat.




💧💧RUJUKAN💧💧



4- . Fiqh Ibadat Dalam Fiqh As-Syafi’ie, Darul Syakir Enterprise, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2017,m/s 220, 224,





1 comment:

  1. Sudah singgah.. semoga boleh ditambah isi blog utk perkongsian yg baik.. abuhannan

    ReplyDelete